Translate

Thursday, January 6, 2011

Bebanan kerja

Setiap kali kita diserahkan satu2 kerja, tak kiralah sebagai penyambut tetamu dalam majlis perasmian, pegawai pendaftaran semasa bengkel aplikasi pembelajaran, urusetia majlis semasa pelajar Tingkatan 1 @ Darjah 1 @ Semester 1 mendaftar mahupun urusetia masakan (merangkap tukang bantu potong bawang) semasa majlis peningkatan sahsiah pelajar ... sekadar beberapa contoh ... apa yang kita selalunya akan buat?

Adakah kita akan terus berbincang dengan kumpulan kerja untuk tindakan selanjutnya?

atau

Adakah kita akan mencari nama2 rakan2 lain yang tidak terlibat semasa majlis tersebut berlangsung?

Kenapa selalunya kita akan kira beban kerja kita dan bandingkan beban kerja orang lain?
Seolah2 beban kerja kita sentiasa lebih berat daripada orang lain?
Adakah kita pernah fikir bahawa orang lain itu mungkin ada menanggung beban kerja semasa kita tidak terlibat dengan sebarang agenda pada suatu masa dulu?

Mungkin kita kena ajar diri untuk berbaik sangka...
Mudah-mudahan beban kerja itu walaupun berat akan menjadi berkat...

Bukankah kerja itu Ibadah?

nota : peringatan ini sebenarnya untuk diri sendiri....

Tuesday, January 4, 2011

GERAN PENYELIDIKAN MOHE

Mulai tahun 2011 ini, di bawah RMK10, beberapa geran penyelidikan selain daripada Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) akan diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (MOHE)

Geran2 tersebut adalah

1. Exploratory/Experimental Research Grant Scheme (ERGS)

Jumlah peruntukan maksimum per projek adalah RM200,000

Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang boleh menjawab soalan / menyelesaikan masalah ”apa” dan ”di mana”

Penyelidikan Eksploratori merupakan penyelidikan yang mempunyai salah satu daripada ciri‐ciri sepertiberikut:‐

  • Kajian awal ke atas idea baru dan belum diuji (Preliminary work on untested and novel ideas)
  • Meneroka idea penyelidikan baru yang berpotensi ke arah penjanaan transformasi
  • Aplikasi kepakaran baru atau pendekatan baru kepada tajuk penyelidikan yang mapan
  • Kajian yang berkaitan dengan penyediaan kemudahan atau peralatan masalah yang mendesakdan amat diperlukan seperti bencana alam, antropogenik atau kejadian yang tidak diduga
  • Kajian yang boleh mencetuskan penemuan segera dan inovatif

2. Long term Research Grant Scheme (LRGS)

Peruntukan maksima per program adalah RM3 million setahun

Pembiayaan geran LRGS meliputi bidang‐bidang nic yang berimpak tinggi yang telah dikenalpasti.

LRGS terbahagi kepada 2 mod, iaitu mod atas ke bawah dan mod bawah ke atas.
Bidang penyelidikan nic atas ke bawah adalah:‐
i. Pemanasan global
ii. Penyakit berjangkit
iii. Perubatan tropika
iv. Keselamatan Tenaga & Air
v. Kecukupan makanan
vi. Pembuatan termaju dan tambah nilai
vii. Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT)

Bidang penyelidikan bawah ke atas boleh terdiri daripada 7 bidang penyelidikan nic di atas atau nic‐nic lain yang boleh diajukan.

Geran ini terbuka kepada kakitangan akademik IPTA dan IPTS dengan syarat‐syarat berikut:‐

‐ Penyelidikan LRGS melibatkan 2 mod iaitu atas ke bawah dan bawah ke atas. Hanya UNIVERSITI PENYELIDIKAN boleh menerajui penyelidikan atas ke bawah manakala bawah ke atas terbuka kepada semua IPT.
‐ Program mestilah melibatkan pelbagai institusi dengan minimum 3 institusi.
‐ Program mestilah bersifat multi disiplin, melibatkan korpus ilmu sains & teknologi dan sains sosial & kemanusiaan.
‐ Program must consists of at least 3 projects but there can be as many as 10 projects.
‐ Duration of project is between 3 – 5 years.
3. Prototype development Research Grant Scheme (PRGS)

Peruntukan maksima per projek adalah RM200,000

Dana yang diwujudkan bagi pembangunan prototaip untuk merapatkan jurang di antara penemuanmakmal/penyelidikan sehingga sebelum pra‐pengkomersilan. Ini termasuk pembuktian konsep (Proof ofconcept), penilaian (evaluation), skala naik (up‐scaling), ujian pra‐klinikal (pre‐clinical testing) dan ujianlapangan (field testing).

Nota : Sekadar Makluman... Jika ingin kepastian yang lebih lanjut, sila hubungi MOHE.