Translate

Sunday, April 17, 2011

penggunaan elearning dalam P&P

Elearning telah dilihat sebagai satu fenomena yang semakin penting dalam dunia pendidikan. Ia membantu memudahkan kawalan guru atau pendidik terhadap pelajarnya di alam maya. Nota dan latihan dapat diberi samada lebih awal atau secara asynchronous membantu guru atau pendidik menjadi lebih kreatif dalam merancangan P&P.

Satu masalah sahaja dengan elearning ialah ia merupakan satu teknologi.
Sebagai pendidik, kita tidak boleh terlalu bergantung kepadanya kerana banyak masalah boleh timbul. Perancangan guru atau pendidik haruslah merangkumi dua kaedah iaitu
1. dengan teknologi
2. tanpa teknologi.

Kebergantungan sepenuhnya boleh mendatangkan masalah sepertimana yang saya alami minggu ini. Kemudahan penghantaran tugasan menerusi elearning menyebabkan semester ni saya mengarahkan tiada penghantaran berbentuk hardcopy kepada pelajar saya. 16 dan 17 April merupakan tarikh akhir yang saya tetapkan untuk penghantaran tugasan bagi 2 kumpulan yang berbeza.

Ia sepatutnya sangat mudah kerana saya dapat mengenalpasti pelajar yang telah hantar, pelajar yang lewat hantar dan pelajar yang tidak hantar. Pemarkahan juga boleh terus dibuat di elearning. Ye, memang sangat mudah sebenarnya.

Tapi kebergantungan saya menyebabkan saya menghadapi masalah kerana, pada 16 dan 17 april, server di universiti down. Hmmmm, ini yang saya dapat setiap kali saya cuba mengakses elearning.


Atas sebab itu, pelajar saya menelefon bertalu2 kerana tidak dapat menghantar tepat pada masanya. Oleh itu, saya terpaksa menunda tarikh penghantaran ke 18 april dengan harapan line akan kembali baik. Sesetengah pelajar menghantar terus ke email saya. Menyebabkan saya terpaksa menyemak tugasan yang dihantar samada ke email universiti atau email peribadi saya. Alhamdulillah, nasib baik sangkaan saya tepat. Malam semalam, line telah kembali stabil.

Pengajaran ini saya ambil. Saya akan pastikan tugasan dihantar secara cetakan atau softcopy untuk semester hadapan. Supaya pelajar saya boleh memilih kaedah penghantaran yang sesuai dengan mereka.

Tapi, saya takkan berhenti menggunakannya. Ia adalah platform yang sangat membantu saya menguruskan pelajar dan pengajaran saya. Anda juga, jangan ragu2 untuk menggunakannya.

Tuesday, April 5, 2011

Flash Tutorial: How to Create Sound Buttons HQ

Video mengajar cara untuk masukkan butang play dan pause untuk lagu.

Simple betulll... tak payah buat movie pun... link terus dari library jek.
Tak caya? Cuba tengok...



Kalau2 tak boleh bukak video ni... ikut langkah demi langkah berikut :

1.Klik File menu > Import > Import to Library dan pilih satu lagu MP3.
2.Right click pada lagu MP3 dalam library tu, pilih linkage
3.Klik pada check box "export for action script"
4.Namakan "sound_id" pada identifier lagu tersebut.



5.Lepas tu, buat button. Tukarkan instance name (dalam property dia) sebagai "on_btn" dan "off_btn"
6.Lepas tu, masukkan script stop(); pada frame dimana button diletakkan.
7.Lepas tu masukkan kod yang diberi di bawah ni pada frame yang sama.

Actionscript yang perlu ditambah .

var my_sound:Sound = new Sound();
my_sound.attachSound("sound_id");

on_btn.onPress = function() {
my_sound.start();
};

off_btn.onPress = function(){
my_sound.stop();
};


8. Kalau ada 2 lagu, ulang step 1 hingga step 7 tapi tukarkan nama dan tambahkan kod diatas merujuk kepada nama baru.

Patutnya ok :)

Contoh, anda ada lagu kedua namanya sound_id2, tambahan button on_btn2 dan button off_btn2.

Jadi, tambah kod berikut pada kod yang asal.

var my_sound2:Sound = new Sound();
my_sound2.attachSound("sound_id2");

on_btn2.onPress = function() {
my_sound2.start();
};

off_btn2.onPress = function() {
my_sound2.stop();
};