Translate

Thursday, July 29, 2010

Guru tak efektif

Kebelakangan ini, banyak artikel yang menunjukkan kelemahan guru dalam menyampaikan pengajaran hingga menyebabkan pencapaian pelajar lemah... Setiap tahun, penilaian samada UPSR, PMR mahupun SPM akan dinilai dan sekolah yang paling teruk pencapaiannya akan diaudit ataupun dipantau oleh pejabat pendidikan daerah, negeri hingga ke peringkat pusat.

Pelajar lemah kerana guru tak efektif
Pelajar lemah kerana guru tak ambil berat
Pelajar lemah kerana guru tak reflek diri
Pelajar lemah kerana guru tak pandai mengajar
Lagiii???

Tindakan...
- tak payah letak kerusi dekat kelas - supaya guru berdiri sentiasa dalam kelas menjadikan kelas lebih cemerlang
- buat kajian tindakan untuk memperbaiki pengajaran
- buat kelas tuisyen

Masalahnya, bagaimana pula dengan pelajar itu sendiri?

- dalam kelas masa guru mengajar dia tidur/berbual/conteng meja... dll
- buat tuisyen , dia tak datang
- bagi homework - tak buat
- datang sekolah - tak bawa buku teks
- guru tegur - carut cikgu, calar kereta cikgu, pancit tayar kereta cikgu
- guru marah - bawak ibu bapa kesekolah, saman cikgu

Menurut ATHERTON(2010), memang terdapat pelajar yang tidak mehu belajar (resistance learner) dan salah satu faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu belajar adalah
pengajaran yang tidak efektif. Tetapi, terdapat juga faktor lain iaitu masalah motivasi, kewangan, dan kekurangan pelajar itu sendiri dalam menguasai subjek yang diajar di sekolah.

Sebagai manusia, ada masa kita sebagai guru memerlukan motivasi daripada pihak pengurusan. Kalau performance pelajar teruk sekalipun, kadangkala guru telah berusaha untuk memperbaiki keadaan. Cuma, masih belum ada rezeki untuk naik ke level yang lebih baik berbanding sekolah lain.

Tapi, kalau apa yang diterima hanyalah peringatan dan amaran sahaja, apa yang dibuat sekalipun tak pernah dihargai, bimbang guru yang cemerlang menjadi putus asa dan merajuk...

Fikir-fikirkanlah...

Rujukan :
ATHERTON J S (2010) Learning and Teaching; Resistance to Learning [On-line] UK: Available: http://www.learningandteaching.info/learning/resistan.htm Accessed: 30 July 2010

Thursday, July 15, 2010

Pengajaran berkesan

Menarik komen guru berpengalaman ini Cikgu Hashimie.

Jika kuliah saya berjalan dalam suasana yang senyap ( pelajar hanya mendengar sahaja), saya akan rasa seolah-oleh memberi ceramah undang-undang jalanraya. Tiada pertanyaan, tiada interaksi, tiada aktiviti, membuatkan saya tidak pasti bahawa pelajar saya faham apa yang saya sampaikan. Pada saya, kelas yang bising itu lebih seronok. Anda bagaimana?..

Sekolah membina watak pelajar kita

Sekolah merupakan institusi pembelajaran yang paling penting dalam hidup kita. Di Malaysia sendiri, 6 tahun di sekolah rendah dan 5 tahun disekolah menengah bukanlah satu tempoh yang pendek. Watak pelajar yang kita jumpa di institusi pengajian tinggi telah terbentuk mengikut acuan sekolah dimana mereka belajar. Ini termasuklah pendekatan pembelajaran yang mereka terima sepanjang waktu persekolahan.

Sekolah yang menekankan penglibatan pelajar dalam perlbagai aktiviti kokurikulum ( selain pembelajaran) akan melahirkan pelajar yang aktif di IPT. Manakala sekolah yang menekankan kecemerlangan akademik semata-mata akan melahirkan pelajar yang pandai tetapi lemah dari segi kemahiran afektif mereka seperti komunikasi dan pengurusan.

Kelas anda senyap? Cube perhatikan latarbelakang pelajar anda dan bagaimakah agaknya cara pembelajaran mereka di sekolah. Fikir-fikirkanlah.

Wednesday, July 7, 2010

Permulaan tinta

Assalamualaikum,

Sebelum bicara, kita kenal dululah ye. Saya merupakan salah seorang pensyarah di sebuah IPTA di Selatan, Malaysia. Lebih 8 tahun berkhidmat disini, membuatkan saya sentiasa dibimbing untuk menulis dan berkongsi idea dengan semua. Buku, proceeding, jurnal... itu platform yang sangat digalakkan untuk saya dan rakan2 lain berkongsi dapatan kajian mahupun idea baru. Tapi, saya juga rasa yang blog boleh digunakan sebagai platform untuk berkongsi secara tidak formal.

Kebelakangan ini, kebanyakan blog yang mempunyai hit yang tinggi ratingnya, merupakan blog yang menyampaikan maklumat terutamanya kalau ia berkaitan fesyen atau kewangan. Oleh itu, saya ingin nak berkongsi ape yang saya tahu dan mengharapkan maklumat tambahan tentang ape yang sepatutnye saya perlu tahu lagiiii...

Oklah. Itu salam pengenalan kite. Jumpe lagi.