Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Datuk Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, manakala Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, berkuatkuasa mulai Isnin ini (3 mei 2013).
Siapakah yang akan menggantikan tempat Datuk NC kami di UTM masih lagi menjadi tandatanya. Namun, perjuangan kami sebagai pendidik dan penyelidik tetap perlu diteruskan.
Semoga wadah pendidikan negara akan menjadi lebih cemerlang apabila diwakili oleh mereka berdua yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.
No comments:
Post a Comment