Translate

Friday, July 5, 2013

Famili dah sampai

Dah masuk hari keenam aku di Hotel Pullman Lakeside Putarajaya ni. Hari isnin sampai sini sebab ada conference IRSPBL2013 . Conference ni berkaitan dengan Problem Based Learning. Ramai peserta yang datang merupakan PBL practitioner. Aku datang sorang, tumpang kawan. Sekretariat yang lain ada yang dah datang dari Ahad lagi sebab ada workshop kat UTM KL.

Alhamdulillah, walaupun pagi Selasa tu kelam kabut sikit... beberapa hickup berlaku. Tapi, mujurlah hotel ni selesa... Bilik untuk pembentangan kertas kerja pun boleh tahan baik audio sistem dia. Kebanyakan yang bertugas dah tahu kerja masing2. Malah beberapa wakil dari komittee antarabangsa turut bantu kami. Kebanyakan peserta yang datang dari luar negara, nampaknya berpuas hati... Alhamdulillah.

Hari Semalam start simposium REES2013 pulak. Peserta yang kebanyakannya dalam bidang Engineering education berkumpul dan berbincang mengenai kertas kerja masing-masing. Ada beri soalan sebab tak faham dan akhirnya akan ada yang memberi cadangan penambahbaikan. Seronok betul sesi pembentangan kali ni.



Nampak tak pembentangan dibuat dalam meja bulat. Takda guna powerpoint langsung. Semua orang terlibat sepanjang pembentangan dijalankan... Best

Dah petang semalam, en Zalee dan anak2 sampai. Seronok betul, setelah tidur sorang2 empat malam sebelum ni. Malam tadi, tunggang langgang anak2 ku tidur. Aku tak join dinner conference sebab diorang ada kat sini. Kami gi makan kat restoran Saba' Putrajaya. Makan Nasi arab :)

Hari ni last day conference. Esok bolehlah gi jenjalan dengan famili. Nak gi mana yea... tunggu :)

Sunday, June 2, 2013

Ketua Setiausaha II, Kementerian Pendidikan

Ketua Setiausaha Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (STI), Datuk Dr. Madinah Mohamad dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, manakala Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang pula dilantik sebagai Ketua Setiausaha II kementerian yang sama, berkuatkuasa mulai Isnin ini (3 mei 2013).

Siapakah yang akan menggantikan tempat Datuk NC kami di UTM masih lagi menjadi tandatanya. Namun, perjuangan kami sebagai pendidik dan penyelidik tetap perlu diteruskan.

Semoga wadah pendidikan negara akan menjadi lebih cemerlang apabila diwakili oleh mereka berdua yang mempunyai pelbagai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang pendidikan.

Monday, July 18, 2011

Top Universities in Malaysia 2011

Senarai Top universiti di Malaysia 2011 dah keluar oleh topstudylinks.com.

World Rank / Name / Country Rank

629 /Universiti Sains Malaysia / 1

694 /Universiti Teknologi Malaysia /2

731 /Universiti Kebangsaan Malaysia / 3

771 /Universiti Putra Malaysia /4

788 /University of Malaya /5

995 /Universiti Malaysia Perlis /6

1126 /Multimedia University /7

1133 /Universiti Teknologi Mara /8

1344 /Universiti Malaysia Pahang /9

1491 / International Islamic University of Malaysia * /10

1572 / Universiti Utara Malaysia / 11

1838 / Universiti Tun Hussein Onn Malaysia/ 12

Senarai penuh boleh diambil dari sini.

Saturday, June 11, 2011

Kempen Senyum UTM


Klik gambar smiley ni kalau nak tahu dengan lebih lanjut...

Lirik Lagu Senyum, Najwa ft Malique

Senyum senyum senyum..
Senyum senyum..

Kacak luar, Kacak dalam, Kacak dengar sini
Kalau saya senyum, Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum, Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum, Dunia tiada penyakit....

Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa
Senyum.., Tak perlu kata apa-apa

Akhirnya sempurna tiga album pertama
Bunyi macam koleksi hits terbaik orang lama
Dah ku kata ku takkan henti sampai tua bangka
Kalau habis abjad aku rap dengan angka
Satu dua tiga anugerah diterima
Oh itu tahun lepas tahun ini cuma dua
Tersenyum tiap kali kalah dengan Nurhaliza
Ditertawakan oleh anakku Inca Medina

Oh Inca Medina orang secantik nama
Cantik luar cantik dalam cantik macam mama
Hati macam grandmanya anginnya macam papa
Kalau dah merajuk nampak muncung sampai sana
Sebelum jadi drama dah tahu nak buat apa
Nyanyi balik lagu ayat lama ayat mama
Wanita hari ini jaga sensitiviti
Kalau buah hati merajuk boleh cuba ayat ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Ay buai tinggi-tinggi sampai ke puncak awan
Dengan kumulus dan nimbus aku berkawan
Aku bukan rupawan aku bukan jutawan
Tapi aku punya satu senyuman yang menawan

Baru mukadimah nampak macam sudah tertawan
Dengar kata hati perasaan jangan dilawan
Kalau takut mula-mula kita boleh berkawan
Duduk dulu biar ku belanja kopi secawan
Apa rasa sentiasa jadi bahan perhatian
Apa rasa jadi cantik kacuk cina pakistan
Apa rasa jadi seksi suka tak diperhatikan
Apa rasanya terima bertubi-tubi puji-pujian

Tu boleh pun senyum cantiknya gigi
Sepuluh markah penuh seharusnya ku beri
Wanita hari ini harus pepandai puji
Kalau dia jual mahal boleh cuba lagu ini

Ay cantik luar cantik dalam cantik dengar sini
Kalau cantik senyum cantik mesti cantik lagi
Senyum sikit nak tengok ada tak lesung pipit
Kalau tak ada pun aku masih mahu cubit

Kempen senyum telah mula dilancarkan di UTM pada May 2011.

Semoga ia memberi impak yang positif kepada pelajar dan kakitangan UTM.