Menurut Dewey (1933) pemikiran reflektif adalah proses mengimbas kembali sesuatu peristiwa di dalam minda dan memberikan ianya pertimbangan yang serius dan teliti terhadap peristiwa tersebut.
“Active, persistent and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of grounds that support it and further conclusions to which it tends”
(Dewey, 1933)
Menurut Schon (1983) pula, proses refleksi yang dilakukan oleh ahli professional akan membolehkan mereka terlibat di dalam perkembangan profesionalisme yang berterusan.
Beberapa model refleksi yang boleh digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah Model Gibbs(1988) dan Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984).
Model Gibbs (1988) melibatkan kitaran proses berikut :
i. Penjelasan – Apa yang telah terjadi
ii. Perasaan – Apa yang anda rasa dan fikirkan
iii. Evaluasi – Apa yang baik dan buruk tentang pengalaman tadi
iv. Analisa – Apa yang dapat anda petik daripada pengalam tersebut
v. Kesimpulan – Apa lagi yang dapat anda lakukan
vi. Jika muncul kembali – Apa yang akan anda lakukan
Model Kitaran Pembelajaran Kolb (1984) pula menggariskan beberapa pendekatan membuat refleksi yang melibatkan tahap-tahap refleksi iaitu :
i. Pengalaman secara konkrit
ii. Pembentukan konsep-konsep yang abstrak dan membuat generalisasi; dan
iii. Menguji implikasi konsep di dalam keadaan yang baru.
Refleksi adalah satu proses penting yang memungkinkan orang mengkaji pengalaman dan tindakan mereka sebagai tanggapan terhadap situasi tertentu. Malah, sebagai guru, refleksi akan membolehkan mereka untuk mengenalpasti pelbagai kaedah baru yang berguna untuk memperbaiki amalan pengajaran. (Bersambung)
Rujukan :
Dewey, J. (1933). How we think. A restatement of the relations of reflective thinking to the educative process. Boston: D.C. Heath.
Schon, D. A (1983) The Reflective Practitioner: How professionals think in action London:Temple Smith
Gibbs, G. (1988) Learning by Doing: A guide to teaching and learning methods. Oxford: Further Education Unit, Oxford Brookes University
Kolb, D. A. (1984) Experiential Learning: Experience as the source of learning and development. New Jersey: Prentice Hall.
No comments:
Post a Comment